panelarrow

Eh, baik derma darah dari berbekam! 

Eh, baik derma darah dari berbekam!
=============================

Selalu tengok orang cedera, eksiden, patah tangan, berdarah banyak dan sebagainya. Tahukah anda, darah cedera, darah eksiden, darah luka tiada sikitpun persamaan antaranya dengan darah bekam. Yang ada persamaan kedua dua itu adalah darah.

Darah bekam 100% keluar tidak beroksigen, darah telah tamat tempoh jangka hayatnya iaitu 120 hari, darah bertoksin, darah beracun, darah berkolestrol, darah gula tinggi, darah berasic urik dan pelbagai bahan2 mudharat dalam badan di keluarkan melalui darah bekam.

Jika ada yang kata baik derma darah dari bekam, kena jawab. Darah bekam yang banyak2 ni ada ke mana2 hospital ke, klinik ke yang sudi untuk didermakan? .

Anda derma itu, bukannya sebarang darah. Darah yang beroksigen, darah yang berminirel tinggi, darah hidup, darah segar , darah yang akan menyambung hayat orang yang menerimanya itu.

So, sekarang jika anda seorang yang sihat , silalah derma darah,bantulah tabung derma hospital, besar pahalanya. . Namun, jika anda kurang sihat, berbekam dulu, selepas 6 bulan bolehlah anda derma. Jelas? Mudah saja kan, tak payah di gusarkan awam, berbekam mengurangkan darah. Baik derma dan berbagai2 keraguan untuk awam tidak berbekam.

Pastikan kedua dua ilmu, iaitu bekam dan ilmu derma darah. Nescaya awam akan lebih selesa dan mempercayai ucapan anda….

Kaedahnya begini.

Anda bekam hari ini, derma selepas 6 bulan.
Anda derma hari ini, anda boleh bekam selepas 3 hari.

Catatan
Ust Sabri Yamin
17 Feb 2019

Sejarah perkembangan PUSAT BEKAM DUNGUN ( 2008-2019)

Sejarah perkembangan PUSAT BEKAM DUNGUN ( 2008-2019)

2008 – Rawatan bekam kalangan mahasiswa student
2010 – Rawatan bekam mobile bergerak sekitar Dungun dan Setiu
2012 – Rawatan bekam sepenuh masa di rumah sewa batu 5, Dungun. 
2014 – Rawatan bekam sepenuh masa tingkat atas bangunan sewa Asmatar ( gambar bawah)
2017 – Rawatan bekam sepenuh masa ( buka seminggu 7 hari) tingkat bawah bangunan sama.

2019. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan kami yang terus menerus memberikan kepercayaan kami merawat anda.

Tanpa kalian, siapalah kami.

 

Rumah teres di batu 5 Dungun

 

Tingkat Atas

 

 

Tingkat bawah

 

Team Pusat Bekam Pusat Rawatan Bekam Dungun

Manfaat rabbani dari berbekam

هل تعلم ماذا تفعل الحجامه بالجسم ؟ سبحان الله
..
الفوائد الربانيه للحجامه

* تخلص الجسم من السموم والامراض وتنشط الدورة الدمويه وتعيد الهمه والنشاط للجسم بشكل رائع وطبيعى وتقوم بتسليك الشرايين وتزيل اى سموم او انسدادات بها وتزيد من تدفق الدم

* تحسين ردود الافعال بالجسم وتزيد من انتباه الاعصاب والعقل وزياده النشاط والحيويه باليوم

* يخلص الجسم من السموم المتراكمة على طبقات الجلد والعضلات والتى تكون حامله للامراض كما تخلص الجسم من الاثار الضاره للادويه

* تقوى جهاز المناعه وتقوى الجسم على محاربه الامراض وتعمل على زياده نشاطه وحيويته

* تنظم هرمونات الجسم وتعدل مستوى افراز الغدد وتعمل على حل مشاكل الاضطراب بها بالجسم فتحل بذلك الكثير من المشكلات كتاخر الانجاب

* تنظم الكوليسترول وتخفضه بالجسم وتخلصه من الانواع الضاره بالجسم فتقى الجسم من امرلااض القلب والشرايين

Adakah anda tahu apakah kesan bekam kepada tubuh badan anda? Maha Suci Allah , betapa banyak faedah berbekam yang Allah berikan

* Menghapuskan dari badan toksin dan penyakit dan mengaktifkan peredaran darah dan memulihkan fungsi hati dan aktiviti tubuh dalam keadaan yang cergas dan natural dan mengeluarkan dari saluran arteri berbagai jenis toksin , membuka penyumbatan darah dan meningkatkan aliran darah di semua salur darah.

* Meningkatkan anti bodi dan daya tahan tubuh, meningkatkan keanjalan sistem saraf dan minda serta meningkatkan aktiviti dan daya hidup pada hari tersebut

* Tubuh membersihkan toksin yang terkumpul pada lapisan kulit dan otot, yang merupakan pembawa penyakit sebagai badan yang menghilangkan kesan berbahaya dari dadah

* Menguatkan sistem imuniti badan dan menguatkan badan untuk melawan dan memerangi penyakit dan bekam membantu meningkatkan keatifan aktiviti dan daya hidup

* Mengstabilkan kitaran hormon badan dan menyesuaikan tahap rembesan kelenjar dan berfungsi untuk menyelesaikan masalah gangguan badan, sehingga menyebabkan banyak masalah seperti pengambilan lewat

* Mengawal paras kolesterol dalam badan , bahkan mampu mengurangkannya dari badan dan menghilangkan spesies kuman dan bakteria yanh berbahaya dalam badan, organ jantung dan saluran arteRI

Rawat kolestrol dengan bekam

6 GEJALA KOLESTROL TINGGI

1. Selalu  kebas dan mencucuk pada tangan dan kaki
2. Badan rasa tak bertenaga dan cepat letih
3. Selalu sakit pada bahagian dada
4. Berat badan makin naik
5. Rasa sakit di bahagian belakang tengkuk
6. Rasa mengantuk

.

*“ Macam mana nak rawat ..? “*
.

Di yakini, saintifik , terbukti berkesan , dapatkan segera *Rawatan Bekam* yang hanya menggunakan jarum lancet pakai buang . Selamat , bersih dan perawat berpengalaman hampir 10 tahun merawat dengan bekam.

Di zaman moden ini telah di buktikan melalui kajian makmal saintifik bahawa bekam berkesan merawat dan menurunkan paras kokestrol jahat, dan meningkatkan paras kolestrol baik seawal sebulan dengan CEPAT dan SELAMAT.
.

” Banyak risiko penyakit lain terjadi sekiranya paras kolestrol jahat tidak di turunkan pada paras normal.

Merisikokan anda kepada

▶ Sakit jantung
▶ Stroke
▶ Tekanan darah tinggi

*“ Rawatan macam ni mesti mahal kan ..? “*
.

Jangan risau, kami menawarkan kos rawatan minimal RM 80 satu sesi rawatan kolesteol dan juga *JAMINAN PULANGAN WANG* sekiranya tidak berkesan.

Lebih yakin dengan PERUBATAN SUNNAH dan BERBALOI .. !
.

JOM SEMBANG LEBIH LANJUT DI WHATSAPP

SEMUA RAWATAN ADALAH MELALUI TEMUJANJI*/ WALK IN BOLEH ( SILA AMBIL GILIRAN)

Rawatan bekam / akupuntur / kiropraktik dan urusniaga lain.

PASTIKAN MASA ANDA SEBELUM DATANG

HARI AHAD – SABTU
(JUMAAT WAJIB TEMUJANJI )

9.30 – 12.30 tengari
2.30 – 06.30 petang
9.30 – 11.00 malam

_____klik untuk temujanji____

http://rawatanbekam.wasap.je/

http://rawatanbekamwanita.wasap.je/

Info lanjut di web rasmi
www.bekamklinikal.com.my
.

*AYUH RAWAT KOLESTROL DEGIL SEGERAAAA…!*

Belasungkawa Syeikh Ahmad Hafny ( Syeikh Hajjamin)

KENYATAAN MEDIA
——————————–

PERTUBUHAN KEBAJIKAN PERAWAT BEKAM AL HAFNY MALAYSIA.

BERITA SEDIH PEMERGIAN SYEIKH AHMED HAFNY

Al Marhum di gelar sebagai SYEIKHUL HAJJAMIN ( Guru kepada para jurubekam) dikalangan pengamal bekam dunia Arab dan Eropah

23 Okt 2018 . Mendapat pengkhabaran berita kewafatan Syeikh Hijamah kami, Syeikh Ahmad Hafny yang telah kembali ke rahmatullah. Pada tahun 2009 , saya dan isteri sempat belajar bekam kaedah Hafny dari wasilah abangnya , Syeikh Soleh Hafny yang menginap di Hayyu Zaiton, Ghiza Mesir, sementara itu syeikh masih menginap di Saudi ketika itu.

Ketika itu , dua individu yang memainkan peranan utama kebangkitan ilmu bekam /hijamah di sekitar negara Arab, pertama Syeikh Amein Syaikho dari Syiria dan Syeikh Ahmad Hafny dari Mesir.

Ketika saat manusia alpa dengan perubatan Sunnaj, beliau meredah arus mengangkat kembali di persada dunia, perubatan Rasulullah SAW.

Segala ilmu yang di curahkan buat murid-muridnya sejak tahun 1990 lagi di serata negara Arab , Eropah , US , Asia dan lain- lain negara semoga menjadi amal soleh bekal mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

Menurut rekod, pelajarnya yang pernah menuntut daripada beliau di seluruh dunia melebihi 80 000 orang pelajar dari serata dunia. MasyaAllah ilmu yang bermanfaat insyaAllah.

Kesungguhan beliau sangat di hargai bagi memperkenalkan perubatan bekam kesemua lapisan masyarakat dunia, bahkan beliau menjadikan bekam sebagai wasilah dakwah untuk menyebarkan Islam.

Beliau pernah bertugas sebagai pendakwah di Sweden hampir 10 tahun lebih, di situlah beliau menyerapkan elemen dakwah dalam perawatan . Ramai yang telah mendapat hidayah Islam dari tangan beliau.

Beliau juga telah berjaya merentasi sempadan negara Eropah dan negara barat menyebarkan ilmu bekam samada melalui tulisan buku, seminar , ceramah , diskusi kitab dan pelbagai pendekatan lain lain bagi menyedarkan manusia tentang kebaikan , keberkesanan dan keajaiban bekam.

Semoga ilmu perubatan hijamah yang di wariskan kepada semua akan menjadi amal bakti berterusan pahala sehingga hari kiamat , amen ya rabbal alamin.

Nasihat al Marhum yang paling mashyur yang pernah di sebut, *_” kita berbekam bukannya ingin sembuh semata-mata, namun kerana berbekam adalah Sunnah Perubatan Rasulullah, kerana itulah kita cinta akan sunnah baginda SAW, di dalam sunnah semuanya adalah kejayaan dunia dan akhirat.”_*

Marilah sama- sama kita sedekahkan al Fatihah buat Al Marhum Syeikh Ahmad Hafny.

Al fatihah.

Catatan.

*Ust Sabri Yamin*
23 Okt 2018

____________
Info rasmi dari fb anak saudaranya Doktor ( PHD Sains Sukan) Ahmad Hilmi Soleh ( Anak kepada guru bekam saya Syeikh Soleh Hafny).

توفي الي رحمة الله تعالى
الشيخ احمد حفني

رجل احيا الله به علم الحجامة منذ عام 1990 م فكان مجددا لها معيدا لاحيائها فلم تكن معروفة بالشكل الحديث لولا فضل الله علي الامة بهذا الشيخ المبارك، فانتشرت في كافة البلاد

كانت الحجامة لديه وسيلة للدعوة إلى الله فكانت علم نرجو الله ان يثقل به ميزانه، وتفريج كربات عن العباد نسال الله ان يفرج عنه وان يكتب كتابه في عليين وان يجعل علمه ومرضه في ميزان حسناته نحسبه عند الله من الشهداء

مجلسه كرم وحديثه ذكر ووقته علم، نشهد الله انه كريما ما بخل علي احد جوادا هاشا باشا باسما هينا لينا حسن الخلق، اللهم جازه بالاحسان احسانا وبالسيئات مغفرة ورضوانا اللهم كافئه بكرمك واحسانك.

Kenapa bekam biasanya di buat bahagian belakang?

Kenapa bekam biasanya di buat bahagian belakang?

Bekam yang lazimnya dilakukan di bahagian belakang badan kerana titik/point bekam ini amat-amat penting kerana merangkumi titik meridian tubuh dan pembuluh darah utama, kelancaran darah di kawasan kepala dan organ-organ utama penting tubuh badan sepert i paru-paru,jantung, hati, usus perut, hempedu dan ginjal.

Penyakit bermula daripada kelembapan / ketidak lancaran darah sekitar organ dari jantung terutamanya organ memerlukan darah segar yang beroksigen.

Malahan dapat memberikan kelegaan segera jika berlaku kesakitan di bahagian bahu, belikat, tengah belakang, pada tulang belakang dan pada pinggang/pinggul.

Asas bekam yang tekankan ialah 10-12 titik di bahagian belakang pesakit. Bekam di bahagian lain bergantung kepada masalah penyakit.

P/s: Berbekam dapat merangsangkan saraf tulang belakang (vertebra).

 

Hotline: 019-9236645 | 0179656637
www.bekamklinikal.com.my
sabribekam@gmail.com
©2010-2017
Pusat Bekam Dungun

 

SOAL JAWAB RINGKAS BEKAM

SOAL JAWAB RINGKAS BEKAM

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan pembakaran dengan api panas (kay). Sesungguhnya, aku melarang umatku daripada berubat dengan kay.”
Hadis Sahih Bukhari

Islam adalah agama yang syumul, lengkap dan meliputi segala aspek kehidupan manusia, termasuklah dari sudut kesihatan. Tahukah anda, terdapat satu rawatan alternatif yang dinamakan sebagai ‘bekam’?

Mungkin ada segelintir daripada kalangan pembaca sudah pun mendapatkan rawatan ini, atau mungkin dirinya seorang perawat mahupun pemilik pusat bekam. Bahkan, mungkin ada dalam kalangan kita ini yang masih tidak tahu rawatan apakah ini? Selamatkah? Tidak berbahayakah untuk kesihatan?

Justeru, di sini dikongsikan beberapa info atau maklumat berkaitan dengan amalan sunnah iaitu bekam;

 

#1 – Apa Itu Bekam?

Bekam atau ‘al-Hijamah’ adalah salah satu rawatan perubatan Islam yang melibatkan proses membuang darah kotor dan bertoksik yang berada di bawah permukaan kulit. Ianya adalah salah satu sunnah Rasulullah s.a.w.

#2 – Bilakah Waktu Dibolehkan Berbekam?

Berbekam boleh di lakukan bila bila masa yang dikehendaki. Mengikut kaedah biasa, siapa yang ada penyakit boleh dapatkan terus bekam tanpa mengira masa.
Namun disana ada saranan bagibda tentang waktu terbaik berbekam. Tarikhnya ialah pada 15, 17, 19 dan 21 bulan Qamariyah/ Islam.. Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.”
Hadis Riwayat Abu Daud

#3 – Adakah Terdapat Pantang Larang Dalam Berbekam?

Ya. Terdapat beberapa pantang larang antaranya; tidak boleh berbekam bagi mereka yang mengalami penyakit kulit, orang tua yang lemah fizikal, kanak-kanak dehidrasi, pesakit kanser darah, sering keguguran, orang gila, pesakit Hepatitis A dan B yang parah dan setelah muntah.

Juga dilarang kepada pesakit yang baru mencuci darah, wanita hamil 3 bulan pertama, mereka yang baru menderma darah, tidak digalakkan bekam ketika sangat kenyang atau sangat lapar, wanita yang sedang haid, penyakit radang usus, ibu yang baru melahirkan anak dan lain-lain mengikut keadaan seseorang.

#4 – Bagaimana Kaedah Bekam Menurut Islam?

Pada zaman Rasulullah s.a.w, bekam menggunakan kaca atau mangkuk tinggi. Manakala pada zaman Cina kuno, mereka menggunakan tanduk. Manakala orang-orang Eropah pada abad ke-18, mereka menggunakan lintah sebagai alat bekam.

Kini, zaman semakin canggih dan kaedah berbekam juga mengalami transformasi, iaitu menggunakan sayatan pisau, gelas udara kaca, gelas vakum – cupping set dan jarum lancet. Amalan bekam yang terbaik dan menyembuhkan ialah bekam darah.

#5 – Apa Hikmah dan Kelebihan Bekam?

Hikmah dan kelebihan bekam, antaranya;

– Menyahut seruan dan sunnah Rasulullah s.a.w.
– Membantu melancarkan peredaran darah.
– Mengeluarkan dan membuang angin, toksik, darah kotor, darah beku serta darah berpenyakit dalam badan.
– Meringankan otot-otot yang kejang dan tegang, menyegarkan dan menyihatkan badan.
– Mengeluarkan gula berlebihan yang tidak diperlukan dalam darah (untuk menyembuhkan penyakit kencing manis/diabetes)
– Tidak memberi peluang kepada mahkhluk halus menjadikan tubuh anak Adam sebagai tempat tinggal mereka.
– Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan dalam darah (untuk menyembuhkan penyakit gout)
– Mengeluarkan lemak/minyak berlebihan di dalam darah (untuk menyembuhkan masalah berat badan berlebihan dan masalah jerawat).
– Membuang racun atau sihir dalam badan
— Banyak lagi manfaatnya.

#6 – Adakah Orang Bukan Islam Boleh Berbekam?

Ya. Bahkan, sejarah mencatatkan bahawa penduduk di negara China sudah lama mengamalkan kaedah rawatan ini dalam pengubatan penyakit di sana, selain negara Eropah.

#7 – Selamatkah Bekam?

InsyaAllah selamat. Ini kerana kaedah ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w bahkan kaedah yang dijalankan pada zaman sekarang turut diakui oleh Jabatan Kesihatan.

Namun begitu, perlu diingatkan sebelum hendak berbekam adalah lebih baik anda memilih tempat atau pusat rawatan bekam yang diakui oleh Jabatan Kesihatan, tidak melanggar syarak dan jurubekam yang benar-benar terlatih serta diakui kemahirannya.

Moga perkongsian ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua mengenai salah satu sunnah Rasullah s.a.w yang jarang diwar-warkan. Jika orang bukan Islam meyakini kaedah rawatan ini, mengapa kita sebagai umat Islam perlu takut dan meraguinya?

Bersamalah kita menghidupkan sunnah Rasulullah SAW ini, mudah-mudahan beroleh keberkatan kerana menyahut seruan Baginda s.a.w. Wallahua’lam.

========

Maklumat lanjut layari
www.bekamklinikalmcom.my

HOTLINE PUSAT BEKAM DUNGUN

0199236645
0179656637

Kekerapan bekam secara rutin

========================
Kekerapan bekam secara rutin
========================

Mengikut pendapat Syeikh Ahmad Hafny, pengasas bekam kaedah Hafny, sesorang yang ingin mendapatkan rawatan bekam seharusnya mengulangi secara rutin, berdisiplin dan istiqamah bagi melancarkan proses kesembuhan.

Di nyatakan bekam itu ada dua kategori :

√ Kritikal penyakit

√ Normal dan peringkat awal penyakit

Bagi keadaan kritikal penyakit, di cadangkan menjalani rawatan bekam

1- Lengkap sesi rawatan sehingga 6 sesi rawatan selama 3 bulan berturut -turut ( 2 minggu sekali)

2- Lengkap sesi rawatan sehingga 6 kali selama 6 bulan berturutan. ( sebulan sekali) ( ini keadaan kurang kritikal)

Bagi normal tubuh badan atau masih di peringkat awal penyakit. Ia mengikut tahap umur seseorang.

√ Warga emas 65 tahun ke atas bekam rutin secara setahun sekali.

√ 50 – 64 tahun, bekam setahun 2 kali secara rutin.

√ 30- 49 tahun bekam 3 kali setahun ( selang 4 bulan sekali)

√ 13 – 29 tahun bekam 4 kali setahun. ( 3 bulan sekali

√ 2- 12 tahun ,bekam 6 kali setahun ( walaupun 3-5 point sahaja. Sudah memadai. Kadang kadang bekam angin sahaja sudah boleh melegakan kesakitan.

Ijtihad @ pendapat terhadap tempoh masa untuk rutin bekam juga melihat pada tahap penyakit yanh di hidapi oleh seseorang. Para jurubekam hanya menyarankan tempoh rutin bekam ini semata-mata mengharapkan penyakit hilang dan ianya bukanlah suatu paksaan kepada pesakit.

Rutin bagi lelaki dan perempuan adalah sama, dibezakan hanya perempuan tidak di bekam ketika datang haid.

Jika anda ingin mengalami keselesaan hidup tanpa penyakit, tiada salahnya merutinkan hidup ini juga dengan rawatan bekam.

Catatan
Ust Sabri Yamin
13 Mac 2018